Skip to content
ROAS1000X

Tentang ROAS1000X

ROAS1000X dibina untuk market maker.

Marketer yang buka pasaran dari desire yang dah ada, tak tunggu pesaing tunjuk jalan.

Market maker ni siapa

Dari luar, market maker nampak macam marketer biasa je.

Beza dia ada pada apa yang dia buat sebelum ads naik.

  1. Baca pasaran dulu, sebelum tulis satu ayat pun. sebelum ads naik
  2. Tanya apa yang pasaran dah dengar, baru pilih claim.
  3. Salurkan desire yang dah ada, tak cuba cipta dari kosong.
  4. Baca comment kat ads pesaing, bukan setakat tengok ads dia. bahasa customer ada kat sini
  5. Tahu prospek ni tahap awareness mana, baru pilih hook.
  6. Nampak bila pasaran dah letih dengan janji yang sama.
  7. Pegang ads yang convert, tak tukar sebab dah bosan tengok. jangan bosan dengan yang convert
  8. Dalam bisnes, dia yang tentukan message, tak tunggu brief sampai.

Yang kita tolak

Semua benda ni biasa kita nampak dalam pasaran.

Market maker dah coret semua ni dari cara kerja dia.

  • Tiru ads orang, lepas tu harap je menjadi.
  • Janji besar, tapi tak ada mekanisme.
  • Satu message untuk semua tahap awareness.
  • Tukar creative hari-hari sebab tak tahu apa yang convert.
  • Naikkan ads tanpa tahu tahap awareness pasaran.

Asal nama ROAS1000X

The financier told me that, within one year after obtaining the book, he had raised his net worth from $100,000 to $10 million.

Eugene Schwartz, Breakthrough Advertising (Preface, Boardroom Edition)

Orang yang datang jumpa Schwartz dan cerita dah buat jutaan dari buku ni, tak seorang pun copywriter.

Ada publisher, ada financier, ada pengeluar barang novelty.

Bila Schwartz baca semula buku dia, dia mengaku satu benda.

Yang dia tulis sebenarnya cara buka pasaran baru untuk produk, lama atau baru.

Financier tu naikkan net worth dia 100 kali ganda dalam setahun.

Nama ROAS1000X datang dari cita-cita yang sama, cuma sasaran kita lebih jauh.

Cerita di sebalik ROAS1000X

Bulan pertama saya run company baru untuk client, memang perit.

Total spend FB ads dekat RM7k.

Sales dapat dekat RM10k.

Tu cuma cukup untuk cover kos ads je.

Dari situ saya belajar satu benda.

Orang cuma kisah pasal diri dia dan masalah dia.

Produk kita, dia tak kisah pun.

So saya tukar ads, jual masalah.

Tapi pesaing pun jual masalah.

Budget dia lagi besar, ada yang ambil artis, ada yang ambil influencer.

Breakthrough sebenar datang lepas tu.

Ads yang buat orang ready membeli, sebelum dia membeli.

Saya panggil IBM Method, Ideal Buying Mindset.

Dengan ad spend dekat RM15k, sales naik ke RM64k.

Alhamdulillah, GP dapat RM30k.

Sejak 2020, saya dah spend lebih RM1 juta pada paid ads untuk beberapa brand client.

Masa tu baru saya faham kerja sebenar seorang marketer.

Baca apa yang pasaran dah sedia nak dengar, lepas tu cakap benda tu dulu.

ROAS1000X dibina untuk marketer yang nak kerja macam tu.

The founder

Danial Abdul Rahim

Founder, ROAS1000X

Saya Danial, seorang pecinta direct-response marketing dan copywriting.

ROAS1000X ni tempat saya kongsi cara kerja ads yang saya guna sekarang dengan marketer lain.

danialabdulrahim.com

3 teras yang kita pegang

  1. Mass Desire

    Copy tak boleh cipta desire.

    Market maker cari desire yang ramai orang dah ada, lepas tu salurkan ke produk.

  2. Awareness

    Prospek ada 5 tahap, dari Unaware sampai Most Aware.

    Message yang sama untuk semua tahap, memang tak sampai.

  3. Sophistication

    Setiap pasaran ada senarai janji yang dia dah dengar.

    Bila janji dan mekanisme pun dah sama, yang tinggal cuma identiti.

Untuk siapa, bukan untuk siapa

Untuk

  • Marketer yang run ads sendiri dan nak tahu kenapa ads tu convert.
  • Owner bisnes yang nak tentukan message bisnes dia sendiri.
  • Copywriter yang dah letih tulis ikut template.
  • Orang yang sanggup baca comment customer sebelum tulis.

Bukan untuk

  • Orang yang cuma nak template siap tampal.
  • Orang yang nak hasil tanpa faham pasaran dulu.
  • Orang yang cuma nak tiru ads yang tengah viral.

Mula dengan course pertama

Mula dengan course yang ada dalam ROAS1000X sekarang.

View course